as'kum....
pertama kali aku nak ucapkan pada mu... iaitu
hebat dan cukup menarik serta teringin terlibat secara langsung dengan mu... cuma mungkin makan masa yang lama dan perlu masa yang sesuai... lebih² lagi tentang apa yang mu ada... aku rasa mu paham...
berbalik pada topik asal...
tempat yang menarik tak lah sebanyak mana jika berbanding ngan m'sia... cuma apa yang zul cakap tu adalah sebahagian dari yang ada di doha nie... dan riadah yang dah aku buat selama di Qatar nie adalah tempat yang jauh seperti
1. tempat riadah tepi pantai Dukhan....
2. padang pasir zekreet ( katanya tempat nie
park of filem transformer di buat di qatar nie... ) ok gak tempatnya... ada satu bangunan di tengah padang pasir... perjalanannya dari doha lebih kurang 80 km... dan offroad lebih kurang 6 km... baru sampai ke kawasan tersebut... ada hutan kecil bersebelahan dengan bangunan tersebut... ada burung kasawari liar.. ada oxryc liar.. dan binantang liar lain... boleh tengok sarang burung kasawari bersama telornya yang besar....
3. sanddune dan sealine lak... jauh dan lebih mencabar dengan menggunakan kenderaan 4x4... kawasan nie, boleh dikatakan padang pasir dan bagi kenderaan bukan 4x4 hanya boleh sampai di tempat tertentu aje kalu tak lekat dalam padang pasir... panjang citer lak... kat sini gak boleh naik ATV ( sewa - QR90 sejam )
4. tepi pantai shamal berhampiran ngan al ghireya iaitu di hujung utara negara Qatar... tempat yang juga memerlukan kenderaan 4x4 kerana off road sejauh lebih kurang 3 - 4km... tempat nie juga tak de lah menarik sangat tetapi boleh bawak family berpicnic macam pantai Dukhan gak dan boleh snorkeling tembak ikan yang mana aras airnya aras dada ke dagu aje...
5. beach resort club di rass laffan... tempat nie boleh bawak family dan boleh buat barbeque party... ada kemudahan yang baik contoh tandas, tempat solat, restoran, snooker dan macam² lagi... tempat nie dibawah kelolaan rasgas dan qatargas.... tempat yang menarik gak.... dan kalu nak pergi kena bawak pas kerja atau pas al khor community club... kerana tempat beach resort club nie ada security...
untuk makluman, aku akan attach gambar tempat² yang aku sebutkan tu jika mu berminat...dan banyak lagi tempat yang akan aku teroka sepenuhnya nanti termasuk di dasar lautnya sekali insyaallah....
adios.... K'LOT